30 Mei 2025
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menerima menghadap delegasi daripada Persatuan Kanser KanWork di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Selaku Penaung Diraja KanWork, Baginda disembah maklum dengan perkembangan terkini aktiviti KanWork.
KanWork yang ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang giat memberikan sokongan informasi, emosi dan rohaniah kepada mereka yang terkesan dengan kanser melalui aktiviti kumpulan sokongan, lawatan ke hospital dan rumah.












Users Today : 1
Users Last 7 days : 149
Users Last 30 days : 605
Users This Year : 3726
Views This Month : 1130
Total views : 34860
Who's Online : 0