Naratif Sihat Bersama KanWork diterbitkan oleh Persatuan Kanser KanWork Untuk menggalakkan gaya hidup sihat dengan berjalan. Buku ini didedikasikan kepada ahli KanWork dan orang awam. Program Sihat Bersama KanWork dimulakan untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Untuk menggalakkan amalan berjalan, peringatan kepada ahli dikeluarkan dalam ruang bual KanWork (KanWork’s chat group) setiap pagi Isnin. Pada hujung minggu yang terpilih KanWork menganjurkan “Berjalan dan Berkelah” untuk ahli di lokasi yang berasingan di sekitar lembah Kelang. Mereka yang berjalan berkongsi pengalaman mereka secara ringkas dalam bentuk cerita dan ilustrasi difacebookKanWork“SihatBersamaKanwork”(https://www.facebook.com/groups/2121131208042345).
Secara am dalam naratif ini juga termasuk refleksi tentang pengalaman mereka. 35 cerita dipilih untuk didokumenkan. Cerita tersebut dipersembahkan dalam empat tema:
- Berjalan and Berkelah. Aktiviti berjalan dalam kumpulan dianjurkan oleh ahli di lokasi yang berasingan di bawah program SBK.
- Berjalan. Aktiviti berjalan sendirian oleh ahli.
- Melangkah Sekeliling Dunia. Ahli berjalan sendirian semasa mereka memgembara di dalam dan di luar negeri.
- Lain-lain. Naratif tentang senaman lain contonya berbasikal dan mendaki. Beberapa refleksi tentang perjalanan penyembuhan juga turut dimasukkan.
Untaian cerita yang berulang dalam naratif ini ialah:
- Motivasi untuk berjalan bertambah apabila dilakukan dalam kumpulan. Ganjaran seterusnya ialah sesi berkelah yang memberi peluang kepada mereka untuk bergaul, saling memberi sokongan dan menikmati juadah yang lazat (contohnya melalui pelbagai sesi Berjalan dan Berkelah.)
- Apabila mereka terus berjalan, mereka menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk menetapkan sasaran jarak yang lebih jauh.
- Berjalan secara tetap juga memberi keyakinan kepada mereka untuk berjalan di tempat lain, di dalam dan di luar negeri. Pejalan kaki dapat menikmati udara bersih dalam persekitaran hijau, cantik dan tenang.
- Seseorang perlu berupaya berjalan untuk menjalankan sesuatu kerja, contohnya rawatan susulan di hospital. Senaman berjalan kaki yang mereka lakukan menydiakan mereka untuk berbuat demikian.
- Pada keseluruhannya, senaman berjalan kaki membantu mereka menjadi lebih sihat dan kuat.





Users Today : 11
Users Last 7 days : 112
Users Last 30 days : 666
Users This Year : 5782
Views This Month : 1263
Total views : 39992
Who's Online : 1