Satu sesi Senaman QiGong telah berlangsung di Rumah KanWork bersama fasilitator berpengalaman, Dr. Abdullah Mohd Noor dan Hajah Faridah Ahmad.
Peserta berpeluang mempelajari teknik Hand Stick Rolling, iaitu latihan menggolekkan kayu kecil di antara kedua-dua tapak tangan yang digabungkan dengan pergerakan dan latihan pernafasan.
Manfaat Teknik Hand Stick Rolling:
1. Memberikan rangsangan sentuhan pada tapak tangan.
2. Melatih pergerakan jari dan genggaman tangan.
3. Membantu meningkatkan fokus semasa latihan pernafasan.
4. Melatih koordinasi pergerakan tubuh.
5. Menyokong aktiviti fizikal ringan apabila digabungkan dengan berjalan.
Turut di adakan sambutan hari lahir bulan Oktober ahli Persatuan Kanser KanWork.
Terima kasih semua yang telah menjayakannya.
Scroll to Top