MARI BERJALAN
Inisiatif ini menggalakkan ahli KanWork yang terdiri daripada survivor kanser, penjaga dan sukarelawan untuk menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka, sekali gus membantu proses pemulihan fizikal dan emosi. Bagi memastikan penglibatan yang berterusan, peringatan melalui telefon serta peringatan mingguan diberikan secara berkala untuk menggalakkan ahli terus aktif berjalan kaki. Selain itu, KanWork juga menganjurkan program Berjalan & Berkelah di Lokasi terpilih untuk menggalakkan aktiviti fizikal ahli dan awam. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan masih diteruskan sehingga kini.




















Users Today : 2
Users Last 7 days : 113
Users Last 30 days : 635
Users This Year : 3271
Views This Month : 142
Total views : 33872
Who's Online : 0