MARI BERQIGONG
Qigong ialah istilah umum bagi pelbagai latihan dan terapi tenaga tradisional Cina yang telah diamalkan sejak sekian lama sebagai salah satu bentuk perubatan tradisional masyarakat Cina. Amalan ini memberi tumpuan kepada pergerakan lembut, teknik pernafasan dan keseimbangan minda yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan serta mengurangkan tekanan emosi. Senaman Qigong KanWork diadakan pada setiap hari Sabtu di Taman Tasik Cempaka dan pada hari Ahad (sebulan sekali) di Rumah KanWork, Damansara Utama. Aktiviti ini dikendalikan oleh dua orang pengamal Qigong berpengalaman bagi memastikan peserta dapat mengikuti latihan dengan selamat dan berkesan.


















Users Today : 16
Users Last 7 days : 207
Users Last 30 days : 861
Users This Year : 5410
Views This Month : 1349
Total views : 38543
Who's Online : 0