SIRI CERITA KAMI
Persatuan Kanser KanWork tidak dapat menjalankan program secara bersemuka berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Mac 2020. Isu pandemik COVID-19 menjadi cabaran kepada semua pesakit dan survivor kanser. Kerisauan serta kebimbangan mereka dapat dikesan melalui komunikasi di aplikasi WhatsApp ahli Persatuan Kanser KanWork.
Sehubungan itu, Persatuan Kanser KanWork menggalakkan ahli berkongsi aktiviti sepanjang tempoh PKP melalui platform media sosial Persatuan Kanser KanWork agar kebimbangan dan kerisauan dapat dikurangkan. Persatuan Kanser KanWork juga memberi peluang kepada rakan sokongan untuk berkongsi aktiviti.
Inisiatif ini dikenali sebagai “KanWork Stay @Home: CERITA KAMI”. Tujuan utama ialah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup ahli Persatuan Kanser KanWork dan mereka yang terkesan dengan kanser.
Semua CERITA KAMI (100 siri) pada tahun 2020 sama ada daripada sumber secara berkumpulan atau penulisan sendiri diolah dan disesuaikan mengikut konsep CERITA KAMI. Kini CERITA KAMI di terbitkan dalam bentuk digital (e-buku) dan didedikasikan untuk ahli, sukarelawan, rakan kongsi, penyokong Persatuan Kanser KanWork serta orang awam.
CERITA KAMI di dalam buku ini ialah 50 cerita terawal yang mana semua cerita disusun mengikut kategori yang bersesuaian dan diterjemah ke Bahasa Malaysia jika cerita asal di dalam Bahasa Inggeris.
Persatuan Kanser KanWork merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada War on Cancer Malaysia (WonC) atas tajaan membangun serta menerbitkan eBuku CERITA KAMI Persatuan Kanser KanWork. Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi cerita serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembangunan dan penerbitan eBuku CERITA KAMI Persatuan Kanser KanWork ini. Semoga bermanfaat kepada semua!




Users Today : 2
Users Last 7 days : 202
Users Last 30 days : 906
Users This Year : 4839
Views This Month : 302
Total views : 37496
Who's Online : 0