Kebun Organik “Menyemai Sihat, Menuai Semangat” di Rumah KanWork.
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama KanWork telah menganjurkan Projek Jaringan Komuniti: Kebun Organik “Menyemai Sihat, Menuai Semangat” di Rumah KanWork.
Seramai 30 peserta yang terdiri daripada survivor kanser, penjaga pesakit kanser dan sukarelawan telah menyertai program ini.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat melalui penanaman organik, menjadikan aktiviti berkebun sebagai terapi yang menyokong kesejahteraan emosi dan fizikal, serta mewujudkan sokongan sosial positif melalui aktiviti berkebun.
Terima kasih kepada WAZAN UPM atas kerjasama serta semua yang menjayakannya.
Scroll to Top