BERKEBUN ORGANIK: JOM PETIK JAGUNG
Persatuan Kanser KanWork telah berkunjung ke kediaman En. Karim dan Puan Hanizam untuk bersama-sama memetik jagung yang telah ditanam hasil daripada penyertaan mereka dalam Program Kebun Organik anjuran WAZAN UPM di Rumah KanWork.
Setiap peserta menerima anak benih pelbagai jenis sayuran untuk ditanam di rumah masing-masing. Bagi memastikan peserta terus mendapat sokongan, Persatuan Kanser KanWork telah mewujudkan sebuah kumpulan WhatsApp sebagai platform untuk mendapatkan bimbingan secara terus daripada Pakar Pertanian Persatuan Kanser KanWork.
En. Karim dan Puan Hanizam berjaya menuai hasil tanaman jagung selepas tempoh kira-kira tiga bulan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkebun secara organik, mengamalkan pemakanan sihat dan menikmati hasil tanaman sendiri.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya.






Users Today : 31
Users Last 7 days : 276
Users Last 30 days : 836
Users This Year : 4425
Views This Month : 1538
Total views : 36584
Who's Online : 0