PENGHARGAAN SUKARELAWAN AKTIF
Sukarelawan dan KanWork berpisah tiada. Sukarewalan adalah nadi dan individu terpenting untuk KanWork. Tanpa sukarelawan, matlamat KanWork dalam menyokong mereka yang terkesan dengan kanser tidak akan terlaksana.
Sempena KanWork Charity Hi-Tea 2025 dan sambutan 20 tahun penubuhannya, KanWork mengambil peluang untuk menghargai sukarelawan aktif yang telah menyumbang kepakaran, tenaga, masa dan komitmen dalam kecemerlangan KanWork.
Penerima penghargaan ini ialah Puan Asmah Salam (Surivor Kanser Payudara), Puan Norliza Abu Bakar (Penjaga Pesakit Kanser), dan sukarelawan harapan kepada Dr. Zahrina Azian Zohadie (Survivor Kanser Kolon).
Tahniah dan terima kasih buat semua penerima! Semoga penghargaan ini memberi inspirasi kepada insan lain untuk bersama KanWork sebagai sukarelawan.
 
 
 
 
 
Scroll to Top