Â
KanWork Charity Hi Tea 2025
KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi Tea 2025 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
Penaung DiRaja KanWork, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli melancarkan tiga buah buku terbitan baharu KanWork iaitu Naratif Sihat Bersama KanWork Berjalan, Naratif Sihat Bersama KanWork Berkebun, dan Kemoterapi: Penjagaan Selepas Rawatan. Pembangunan Buku Naratif adalah di bawah peruntukan dana Boeing.
Sempena majlis ini, Baginda berkenan menerima replika cek yang disumbangkan oleh Pointray Malaysia Sdn Bhd. dan Sunway Medical Centre.
KanWork turut memberi penghargaan kepada sukarelawan aktif dan pemenang cabaran Berjalan 20,000 langkah. Sukarelawan aktif KanWork ialah Puan Asmah Salam (Surivor Kanser Payudara), Puan Norliza Abu Bakar (Penjaga Pesakit Kanser), dan sukarelawan harapan kepada Dr. Zahrina Azian Zohadie (Survivor Kanser Kolon).
Manakala untuk cabaran Berjalan 20,000 langkah, dimenangi oleh Puan Rozila Abdul Samat (Kategori Survivor) dan Dr. Hasidah Mohd Sidek (Kategori Bukan Survivor).
Baginda berkenan menyampaikan sijil kepada sukarelawan dan pemenang pertandingan.
Terima kasih kepada semua yang hadir, rakan kerjasama, para penyumbang, sukarelawan, serta media atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis KanWork Charity Hi Tea 2025 ini.
Pointray Malaysia Sdn Bhd
Boeing






Users Today : 12
Users Last 7 days : 149
Users Last 30 days : 607
Users This Year : 587
Views This Month : 1625
Total views : 28298
Who's Online : 0