SOALAN LAZIM

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kumpulan sokongan kanser yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. 

Ahli KanWork terdiri daripada individu yang terkesan dengan kanser (pesakit/survivor/penjaga) serta sukarelawan (professional dan bukan professional).

KanWork ditubuhkan pada tahun 2005.

Pejabat KanWork terletak di Rumah KanWork (Persatuan Kanser KanWork)

44, Jalan SS 21/1, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

KanWork ditubuhkan bertujuan untuk :

  • Memberi sokongan kepada mereka yang terkesan dengan kanser.
  • Menyampaikan maklumat dan memberi pendidikan mengenai kanser.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kanser untuk pengesanan awal.
  • Menggalakkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko kanser.

1.Sokongan Pesakit

Memberikan sokongan kepada individu yang terkesan dengan kanser dalam pelbagai bentuk sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian seperti: 

  • Sokongan informasi, emosi dan rohani melalui lawatan ke hospital dan rumah, kumpulan sokongan, dan sokongan dalam talian (KanHelpline : 1 800 228 672).
  • Inisiatif KanWork di Sini menyediakan perkhidmatan sokongan pesakit di hospital yang terpilih seperti di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya, Hospital Columbia Asia, Hospital Bukit Rimau Shah Alam dan KPJ Damansara Specialist Hospital
  • Sesi kaunseling di Rumah KanWork.

2.Pendidikan dan Kesedaran kanser

Program pendidikan dan kesedaran kanser dengan kerjasama hospital, komuniti, agensi kerajaan/swasta dan NGO lain di mana pakar kesihatan dan perubatan dan lain-lain berkongsi ilmu berkaitan kanser, pemakanan, cara hidup sihat dan lain-lain.

3.Riadah dan Aktiviti Sosial

  • Aktiviti riadah di Rumah KanWork
  • Senaman QiGong di Rumah KanWork dan Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
  • Majlis perayaan, majlis keagamaan dan lawatan sambil belajar.
  • Aktiviti Sihat bersama KanWork (Makanan Berkhasiat, Berjalan, Berkebun).
  • Perkongsian aktiviti di Facebook Sihat Bersama KanWork.

4.Pusat Sumber dan Rujukan kanser

Menyediakan bahan bacaan dan rujukan mengenai kanser di pejabat, hospital yang terpilih, dan dalam talian. KanWork di Sini menyediakan bahan bacaan untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital seperti buku, risalah, kisah pejuang kanser dan lain-lain.

  • Sokongan informasi, emosi dan rohani melalui lawatan ke hospital dan rumah, kumpulan sokongan dan sokongan dalam talian.
  • Sokongan sebagai rakan seperjuangan kepada yang memerlukan.
  • Sokongan melalui bahan bacaan dan rujukan mengenai kanser

 Talian: + 03-77327471/ 1 800 228 672

 Emel: kanwork.selangor@yahoo.com

 Laman Web: www.kanwork.org

 Facebook: kanwork.official

 Instagram: kanwork.official

 YouTube: Persatuan Kanser KanWork

Keahlian KanWork terbuka kepada semua termasuk pesakit, penjaga, orang awam dan professional kesihatan. KanWork mempunyai 2 jenis keahlian iaitu ahli biasa dan ahli seumur hidup. Maklumat keahlian KanWork adalah seperti berikut.

Manfaat

Seumur Hidup

Ahli Biasa

Berkomunikasi dengan rakan-rakan seperjuangan yang terlibat dengan kanser.

/

/

Mendapat maklumat yang tepat daripada pakar perubatan/ pakar pemakanan/ kaunselor

/

/

Mendapat maklumat dan sokongan berkaitan rawatan kanser.

/

/

Mendapat maklumat mengenai program anjuran KanWork dan jemputan luar.

/

/

Keutamaan untuk menyertai program anjuran KanWork atau jemputan luar.

/

X

Menerima sumbangan kebajikan ahli (one-off) seperti masuk wad/bencana/kemalangan.

RM 120

RM 100

Waris ahli menerima sumbangan khairat kematian.

RM 100

RM 80

Yuran

RM 205 (sekali bayaran sahaja) 

RM 35 (perbaharui setiap tahun RM 30/tahun)

Cara daftar ahli ialah dengan mengisi Borang Keahlian KanWork dengan menghubungi 013-5938627 atau email permohonan kepada kanwork.selangor@yahoo.com. Borang juga boleh didapati di laman sesawang www.kanwork.org untuk pendaftaran secara atas talian.

 

KanWork sangat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai sukarelawan KanWork. Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan, boleh layari laman sesawang KanWork di www.kanwork.org dan mendaftar secara atas talian.  

Scroll to Top