KanWork 20 TAHUN

KanWork menyambut ulang tahun ke 20 penubuhannya pada tahun ini. Pelbagai program yang telah dirancang sempena ulang tahun ke 20 ini iaitu Berqigong Bersama KanWork (14 Jun 2025), Berjalan Bersama KanWork (15 Jun – 30 September 2025), dan KanWork Charity Hi Tea (9 November 2025).

 

Bermula dengan kumpulan sokongan di hospital, KanWork berkembang menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2005. KanWork memberi sokongan kepada pesakit, survivor, ahli keluarga termasuk melawat pesakit di hospital dan di rumah, menganjurkan pelbagai program pendidikan bagi mendidik pesakit/ahli keluarga mengenai kanser dan rawatan serta membangunkan pelbagai bahan-bahan pendidikan berkaitan kanser. KanWork turut memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kanser untuk kepentingan pengesanan awal dan pembudayaan hidup sihat.

Sepanjang 20 tahun penubuhan, KanWork terus giat memberikan sokongan kepada mereka yang terkesan dengan kanser. Kini, hampir 450 ahli berdaftar di seluruh Malaysia yang terdiri daripada pesakit/survivor, penjaga dan juga orang awam. KanWork juga bekerjasama dalam pelbagai institusi untuk memberi sokongan kepada mereka yang terlibat dengan kanser. Setelah beroperasi di pelbagai lokasi, kini KanWork telah mempunyai premis tetap yang diwakafkan iaitu Rumah KanWork yang terletak di Damansara Utama, untuk menjalankan pelbagai aktiviti persatuan. 


Terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepada KanWork.

Scroll to Top