QiGong:
Qigong, merupakan istilah umum untuk pelbagai latihan dan terapi tenaga tradisional Cina. Ianya juga menjadi satu bentuk amalan perubatan tradisional yang amalkan oleh masyarakat Cina sejak dahulu.
Kategori QiGong:
- Qigong dalaman:
- Melibatkan penggunaan pergerakan, meditasi, dan kawalan corak pernafasan.
- Pergerakan lembut dan postur senaman dilakukan untuk mencapai aliran tenaga (qi) yang harmoni dalam badan.
- Senaman bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesejahteraan keseluruhan.
- Qigong luaran:
- Biasanya dilakukan oleh pengamal terlatih menggunakan tangan mereka untuk mengarahkan tenaga “qi” yang dipancarkan ke dalam tubuh pesakit dalam diagnosis dan rawatan pelbagai penyakit.
Manfaat QiGong:
- Merendahkan tekanan dan kebimbangan.
- Meningkatkan kualiti tidur.
- Meningkatkan keseimbangan dan mencegah jatuh.
- Meningkatkan kelenturan.
- Meningkatkan keupayaan kognitif, fokus dan daya ingatan.
- Membantu meningkatkan kualiti hidup.
Lokasi Senaman QiGong*:
- Sabtu (Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, 8.00 – 9.00 pagi)
- Ahad (Rumah KanWork, 8.30 – 9.30 pagi, sebulan sekali)
- Ahad (Taman Qaseh, Bandar Kinrara, 8.00 – 9.00 pagi, mengikut keperluan)
Â
*Semua aktiviti tertakluk kepada perubahan




