CERITA KAMI

Siri CERITA KAMI

KanWork tidak dapat menjalankan program secara bersemuka berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Mac 2020. Isu pandemik COVID-19 menjadi cabaran kepada semua pesakit dan survivor kanser. Kerisauan serta kebimbangan mereka dapat dikesan melalui komunikasi di aplikasi WhatsApp ahli KanWork.

 

Sehubungan itu, KanWork menggalakkan ahli berkongsi aktiviti sepanjang tempoh PKP melalui platform media sosial KanWork agar kebimbangan dan kerisauan dapat dikurangkan. KanWork juga memberi peluang kepada rakan sokongan untuk berkongsi aktiviti. Inisiatif ini dikenali sebagai “KanWork Stay @Home: CERITA KAMI”. Tujuan utama ialah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup ahli KanWork dan mereka yang terkesan dengan kanser.

 

Semua CERITA KAMI (100 siri) pada tahun 2020 sama ada daripada sumber secara berkumpulan atau penulisan sendiri diolah dan disesuaikan mengikut konsep CERITA KAMI. Kini CERITA KAMI di terbitkan dalam bentuk digital (e-buku) dan didedikasikan untuk ahli, sukarelawan, rakan kongsi, penyokong KanWork serta orang awam. CERITA KAMI di dalam buku ini ialah 50 cerita terawal yang mana semua cerita disusun mengikut kategori yang bersesuaian dan diterjemah ke Bahasa Malaysia jika cerita asal di dalam Bahasa Inggeris.

 

KanWork merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada War on Cancer Malaysia (WonC) atas tajaan membangun serta menerbitkan eBuku CERITA KAMI KanWork.  Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi cerita serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembangunan dan penerbitan eBuku CERITA KAMI KanWork ini. Semoga bermanfaat kepada semua!

Scroll to Top